Jumaat, 8 Mei 2015

CERITA KEMALANGAN ATAS DIRIKU

assalamualaikum semua..
blog kali ni myn nak cerita pengalaman myn mengalami kemalangan akhir bulan februari lalu..

Pada tanggal 27/2/2015 pukul 11 malam..masa tu myn tak perasan sangat sebab kejadian tu pantas sangat berlaku..Myn hanya perasan waktu tu myn nampak lampu isyarat tu dah hijau dan suami myn yang memandu masa tu tekan minyak nak jalan.

Myn hanya perasan bila kepala myn terhantuk agak kuat dan rasa terhuyung hayang kereta myn tu..myn cuma terfikir anak-anak je masa tu dan alhamdulillah anak-anak myn tak mengalami kecederaan yang serius masa tu.

waktu tu kereta yang myn naik berlanggar dengan kereta orang tapi kereta tu yang salah sebab melanggar lampu isyarat merah pada laluan kereta dia..

selepas kemalangan tu alhamdulillah tak sempat tunggu ambulans datang sebab ada orang awam yang baik hati tolong bawak myn ke hospital..

Sampai hospital dalam pukul 11.30 malam macamtu doktor terus buat kerja mereka dan barula myn tahu yang myn memang cedera teruk.
sebab apa myn kata teruk kerana myn mengalami kecederaan mata kiri sehingga buta dan dahi yang koyak sampai kena jahit.

Myn duduk dihospital putrajaya selama seminggu untuk pantauan mata..Rindu dengan anak-anak hanya allah je yang tahu..

Alhamdulillah dalam masa myn kat hospital suami myn banyak tolong tengok anak-anak dan ulang-alik tengok myn kat hospital..Sampaikan masa tu suami cuti seminggu sebab nak jaga dan tengok myn..

Apa yang penting alhamdulillah anak-anak takde apa-apa dan suami yang ambil berat pasal myn..Myn bersyukur sangat..


keadaan myn masa kat hospital

keadaan myn sekarang

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan