Jumaat, 29 Mei 2015

BASIC H SERBAGUNA

assalamualaikum semua..hai semua..

harini myn nak cerita testimoni panas punya..
baru keluar oven..haha..takdela..ni testimoni betol bukan tipu atau rekaan ye..

awal bulan haritu myn dapat order dari kawan merangkap sedara myn jugak..dia nak cuba produk shaklee yang sesuai untuk cuci botol budak-budak sebab dia ada mengasuh budak-budak..

jadi myn pon cadangkan basic h ni sebab basic h adalah pencuci serbaguna..boleh cuci kereta,dapur tempat kita memasak,pinggan mangkuk dan macam-macam lagilah..

alhamdulillah myn dapat respon yang sangat positif dan dia sangat berpuas hati dengan hasilnya selepas dia guna basic h ni..

ni myn sertakan testimoni dari dia..






kalau anda nak mencuba basic h atau apa-apa produk dari shaklee bolehla hubungi saya ataupun whatsapp saya..

terima kasih keran sudi baca blog saya..

harga runcit rm46

posted from Bloggeroid

Isnin, 18 Mei 2015

SURPRISE...

assalammualaikum semua..
harini myn nak cerita surprise atau kejutan yang myn dapat masa hari lahir myn 6 mei yang lepas..

mula-mula tu myn ingat hubby cuma keluar saje nak lepak dengan kawan-kawan..rupanya hubby keluar sebab nak beli kek dengan hadiah..

rasa terharu ada,rasa gembira ada,teruja pon ada..alhamdulillah sampai sekarang walau keadaan myn tak sebaik dulu myn masih dapat kejutan hari lahir myn dari suami yang myn sayang..

terima kasih buat suami yang menyokong myn..alhamdulillah..


kek dari suami

bergambar dengan kek

bersama suami..

posted from Bloggeroid

Sabtu, 9 Mei 2015

KESAN ESP SELEPAS KEMALANGAN

asalamualaikum semua..hai..harini topik kita pasal esp ataupun energizing soy protien..

ESP ni mmg best sangat dan ternyata memang sedap..bukan je sedap tapi mengenyangkan dan membuatkan kulit kita jadi lembut,halus mulus macam kulit baby..kalau kata nak tumbuh jerawat pun memang susah nak nampak..

lepastu esp ni jugak dapat memudarkan parut kat kulit kita..tak kira parut kat muka ataupun kat badan tapi memang kesan parut tu berkurang..

selain tu juga ESP ni dapat memudarkan strechmark kat perut kita bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak..bukan itu saja ternyata minuman yang lazat ni dapat menganjalkan otot-otot yang mana dah kendur dan sangat sesuai bagi mereka yang nak mengurangkan berat badan..

bagi ibu menyusu pula ESP ini amatla sesuai kerana menjadikan air susu itu lebih pekat dan berkrim dan membuat bayi cepat kenyang..




sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya
siti aminah
whatsapp/telegram::0163450969
facebook::siti aminah binti norman
instagram::anas_eyna

posted from Bloggeroid

Jumaat, 8 Mei 2015

KHASIAT MEALSHAKES

assalamualaikum semua..
harini myn nak cerita pasal khasiat mealshakes ni..Myn teruja sangat nak cerita pasal mealshakes ni sebab anak-anak myn pun suka minum mealshakes ni..

Bila myn lambat je buatkan untuk diorang cepat-cepat diorang ingatkan myn..Tapi tak boleh minum banyak-banyak..sebab masih bawah 4 tahun lagi..sehari hanya sekali je.

apa yang myn nampak banyak khasiat,kebaikan dan kelebihan bila anak-anak myn minum mealshakes ni..

::mealshakes mengandungi nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.

::kaya dengan protin dan tidak mengandungi laktosa.Membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,rambut,organ,darah dan lain-lain.

::mealshakes juga sebagai anti-oksida yang mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan.

::mengandungi vitamin B yang lengkap,zat besi dan copper yang cukup untul membina sel-sel darah merah yang sihat.

::mealshakes juga merupakan minuman yang lazat serta membangkitkan selera kanak-kanak dan menjadi minuman kegemaran mereka.

::tidak mengandungi perasa,pewarna tiruan kerana mealshakes diproses dari bahan-bahan semulajadi yang mana mengandungi sayur-sayuran,buah-buahan,kacang soya dan lain-lain.

::sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi sehinggalah orang tua.




sebarang pertanyaan sila hubungi saya
siti aminah
whatsapp/telegram0163450969
facebook--siti aminah binti norman
instagram
anas_eyna

posted from Bloggeroid

KEBAIKKAN B COMPLEX

assalamualaikum semua..
lama dah rasanya myn tak update blog myn ni..berhabuk,bersarang dah..hehehe..

harini myn nak cerita pasal kebaikkan B COMPLEX secara umum,untuk kanak-kanak,untuk orang dewasa dan untuk ibu mengandung..

B COMPLEX merupakan vitamin yang dapat mengurangkan tekanan atau stress kerana dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan kestabilan emosi dan kualiti tidur..

KEBAIKKAN SECARA UMUM
👉menghasilkan tenaga dan membantu dalam kemampuan berfikir
👉mengelakkan penyakit beri-beri
👉merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
👉untuk kesihatan mata,kulit,kuku dan rambut
👉penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf
👉mencegah stress dan anemia
👉menguatkan antibodi tubuh badan

KEBAIKKAN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK
🌻merangsang pertumbuhan
🌻meningkatkan kemampuan berfikir
🌻memberikan tenaga tambahan

KEBAIKKAN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA
🌷menambahkan tenaga
🌷mengurangkan stress
🌷melambatkan proses uban rambut
🌷membantu meningkatkan konsentrasi

KEBAIKKAN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG
👍amat diperlukan untuk pembentukkan dan aktiviti sel genetik
👍mencegah anemia atau tekanan darah rendah.


sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya di:-
whatsapp/telegram 0163450969
facebook:-Siti Aminah binti Norman
Instagram:-anas_eyna


posted from Bloggeroid

CERITA KEMALANGAN ATAS DIRIKU

assalamualaikum semua..
blog kali ni myn nak cerita pengalaman myn mengalami kemalangan akhir bulan februari lalu..

Pada tanggal 27/2/2015 pukul 11 malam..masa tu myn tak perasan sangat sebab kejadian tu pantas sangat berlaku..Myn hanya perasan waktu tu myn nampak lampu isyarat tu dah hijau dan suami myn yang memandu masa tu tekan minyak nak jalan.

Myn hanya perasan bila kepala myn terhantuk agak kuat dan rasa terhuyung hayang kereta myn tu..myn cuma terfikir anak-anak je masa tu dan alhamdulillah anak-anak myn tak mengalami kecederaan yang serius masa tu.

waktu tu kereta yang myn naik berlanggar dengan kereta orang tapi kereta tu yang salah sebab melanggar lampu isyarat merah pada laluan kereta dia..

selepas kemalangan tu alhamdulillah tak sempat tunggu ambulans datang sebab ada orang awam yang baik hati tolong bawak myn ke hospital..

Sampai hospital dalam pukul 11.30 malam macamtu doktor terus buat kerja mereka dan barula myn tahu yang myn memang cedera teruk.
sebab apa myn kata teruk kerana myn mengalami kecederaan mata kiri sehingga buta dan dahi yang koyak sampai kena jahit.

Myn duduk dihospital putrajaya selama seminggu untuk pantauan mata..Rindu dengan anak-anak hanya allah je yang tahu..

Alhamdulillah dalam masa myn kat hospital suami myn banyak tolong tengok anak-anak dan ulang-alik tengok myn kat hospital..Sampaikan masa tu suami cuti seminggu sebab nak jaga dan tengok myn..

Apa yang penting alhamdulillah anak-anak takde apa-apa dan suami yang ambil berat pasal myn..Myn bersyukur sangat..


keadaan myn masa kat hospital

keadaan myn sekarang

posted from Bloggeroid

Jumaat, 23 Januari 2015

PERCUBAAN PERTAMA

assalammualaikum..
hai semua
harini myn nak kongsi cerita yang mana myn baru belajar beli online..
Selalunya myn cuma order kat upline myn je..Baru harini myn blaja beli online..banyak jugak step-step dia..perah otak jap..maklumla..tak pernah beli online..bila masuk shaklee ni macam-macam myn belajar..seronok sangat..

harini myn dapat belajar sesuatu yg baru..alhamdulillah..